Tuesday, March 24, 2009

KEHIDUPAN DI LADANG





Terlalu banyak misterinya. Tapi ada seorang lelaki tua di Kampung Sentosa Jaya, semasa saya singgah sebentar melegakan kepenuhan dan kehausan di warung tepi ladang, mengatakan bahawa kalau semua yang kita rasa manis saja tiada pahit, asam dan pedas maka hidup kita tak sempurna. Kata-kata itu menambah lagi keberanian saya dalam menghadapi cabaran hidup di ladang dan luar sana. Hidup mesti berani. Bini risau, katanya apa guna berani kalau hilang kerja - tiada duit. Anak-anak masih kecil dan baru mulai sekolah.

Berlainan dengan Plantation Controller yang pernah berkata dia sudah bersedia untuk kegagalan. Kalau hilang kerja pun dia masih boleh hidup selama enam bulan tanpa kerja dan dia paling lambat pun dua bulan dah dapat kerja baru. Saya percaya sebab dia sudah lama. EPF mesti dah banyak. Walau bagaimanapun saya katakan kita mesti ada prinsip. Berpegang kepada yang benar. Rezeki Allah itu maha luas.

Walau apapun, dalam pengurusan ladang, pengurusan masa yang bijak dan disiplin adalah kunci kebahagiaan. Semasa hujung minggu atau cuti keluarga dibawa ke tempat-tempat menarik di dalam ladang atau luar ladang yang berhampiran. Boleh makan roti canai sama-sama sambil mendengar segala kehendak mereka. Organisasi keluarga yang kecil ini sememangnya memberi kita idea mengurus dan menangani organisasi ladang yang lebih besar.
"Spend some of your time with your people"

No comments:

Post a Comment