Tuesday, March 24, 2009

CEPAT DALAM KENANGAN





"Macam mana lambat bergerak pun tetap orang kata 'cepat'." Begitulah kata orang masa saya berkerja dengan sebuah syarikat perladangan di kawasan Kinabatangan. Kalau masa saya jadi penolong pengurus muda, sayalah "yes man" yang paling setia. Walaupun disuruh buat kerja bodoh tetap akur. Semakin lama di ladang nampaknya sifat itu mulai berubah, mula-mula memberi beberapa alasan berdasarkan pengalaman pahit dan manis kenapa tak boleh buat kerja yang disuruh. Namun tetap juga patuh. Sekarang sekiranya atasan memberi arahan bodoh, memang kena tempelak. Yang terakhir kena oleh saya ialah Plantation Controller baru, dalam masa yang cepat dia mau semua kerja siap tanpa mempertimbangkan keadaan dan kedudukan. Kita belum lagi di tahap critical management seperti memadam api. Dari awal hingga akhir menceritakan sejarah hayatnya, dan pengalamannya konon pernah menjaga 17,000 ekar dengan sumber-sumber terhad. Akhirnya kena, kena cabar menjaga kawasan yang jauh lebih kecil dari apa yang dibanggakannya. Saya meminta dia mengurus kawasan saya, saya beritahu juga yang dia merupakan kegagalan bagi syarikat. Boleh buat, mungkin. Tapi berapa kosnya.

Gambar-gambar di sini merupakan sekilas pandang misteri ladang. Ada atasan yang melihat kulit terus membuat kesimpulan bahawa isi pun demikian rupanya, walhal isi berulat dan buruk. Pengendalian sumber manusia sangat penting untuk berjaya. Saya masih ingat kata-kata GM Lee Kim Sing yang bagi saya berkesan dalam kejayaan ladang iaitu "leadership, enforcement, follow-up, discipline.

No comments:

Post a Comment