Monday, March 30, 2009

KEDAI RUNCIT SABIN GUNTING






Hari ini saya tak ke mana-mana. Anak-anak cuba-cuba menjaga kedai. Raga menjaga kaunter dengan ragamnya yang tersendiri. Atu mengemas barang-barang dengan memakai kasut yang sangat besar baginya.

Sunday, March 29, 2009

PASAR RANAU

Mengunjungi pasar di pekan Ranau pada hari minggu dapat membuka mata sayabahawa terdapat banyak jenis makanan yang belum pernah saya jumpa ada di jual di sini dengan harga yang murah. Dalam gambar-gambar berikut saya sempat merakam sedikit suasana di pekan Ranau. Sayur sayur seperti lampagak, tuutan, kambugu, dan tuhau boleh didapati di sini. Banyak lagi saya tak tau nama.







Friday, March 27, 2009

CARA MEMBERSIHKAN PADI DARI HAMPA


Setelah menjemur padi seharian tibalah masa untuk memisahkan padi dari hampa. Di Marakau, petani di sini menggunakan pemotong rumput yang diubahsuai menjadi kipas untuk meniup hampa dan sampah dari padi. Dalam gambar di atas, bapa mertua saya menjalankan mesin pemotong rumput manakala jirannya, Marcus, menolong kacau padi supaya hampa dan sampah terkeluar dan mudah ditiup oleh angin dari kipas pemotong rumput. Dengan cara ini kerja membersih padi lebih cepat dan kebergantungan kepada tiupan angin dapat dikurangkan.

BILANGAN BUTIR PADI





Sementara menunggu padi siap dijemur saya telah mengambil dua jenis padi iaitu padi "lekatan" dan padi "maman damin" untuk dibandingkan bilangan butir padinya. Didapati bahawa padi maman damin mempunyai bilangan bitir padi yang lebih tinggi iaitu sebanyak 533 butir berbanding dengan padi lekatan sebanyak 223 butir sahaja. Pernahkah anda mengira berapa butir padi dalam setangkai padi yang anda tanam?

MENJEMUR PADI


Menjemur padi adalah satu proses penting sebelum padi dibawa pulang atau dihantar ke kilang. Tujuan utama menjemur ialah supaya padi tahan lama disimpan dan tidak hancur apabila dikisar untuk dijadikan beras. Biasanya padi yang belum dijemur lembut dan mudah hancur apabila digigit. Bila sudah cukup kering ia menjadi keras dan tak mudah hancur apabila digigit. Dalam gambar di atas kelihatan bapa mertua saya sedang menjemur pahi di hadapan sulapnya.

Tuesday, March 24, 2009

MENGGUNTING RAMBUT ANAK KECIL





Menggunting rambut anak yang baru berumur 2 tahun memang susah. Tak pandai duduk diam. Toleh kiri kanan, buat macam-macam yang dia suka. Tapi bila dipujuk dengan ganjaran gula-gula barulah dia diam sekejap. Cara yang lebih berkesan ialah memberikan alat mainan dan dibimbing oleh ibunya supaya dapat disempurnakan menggunting rambut. Kata-kata semangat dari ibunya dengan mengatakan "tak apa-apa tu," "boleh" dan sebagainya memudahkan kerja si tukang gunting.

SAWAH PADI DI MARAKAU, RANAU






Setelah berhenti kerja, banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Kembali ke sawah padi. Sengsara juga. Kagum melihat semangat para petani, semangat padi, keindahan dan ketenangan kampung. Gembira melihat anak-anak yang sanggup membantu dan menceriakan suasana walaupun kalau terlalai seketika mereka akan membuat kerja sendiri seperti yang terpapar dalam gambar-gambar ini. Dalam sengsara pun masih tersenyum...

BALIK KAMPUNG



Perjalanan balik ke Ranau dan Kota Belud memberikan pengajaran yang sangat berguna. Saya melihat satu objekyang sama tetapi berbeza rupa. Teringat saya apa yang telah dipelajari lama dulu tentang "perception". Disebabkan oleh sudut pandangan yang berbeza dan masa pandang yang berbezadan dari jarak yang berbeza. Satu dilihat dari sebelah ranau masa petang dan satu dilihat dari Kota Belud masa pagi. Namun kita terus tahu objek itu ialah Gunung Kinabalu kerana
ILMU.

KEHIDUPAN DI LADANG





Terlalu banyak misterinya. Tapi ada seorang lelaki tua di Kampung Sentosa Jaya, semasa saya singgah sebentar melegakan kepenuhan dan kehausan di warung tepi ladang, mengatakan bahawa kalau semua yang kita rasa manis saja tiada pahit, asam dan pedas maka hidup kita tak sempurna. Kata-kata itu menambah lagi keberanian saya dalam menghadapi cabaran hidup di ladang dan luar sana. Hidup mesti berani. Bini risau, katanya apa guna berani kalau hilang kerja - tiada duit. Anak-anak masih kecil dan baru mulai sekolah.

Berlainan dengan Plantation Controller yang pernah berkata dia sudah bersedia untuk kegagalan. Kalau hilang kerja pun dia masih boleh hidup selama enam bulan tanpa kerja dan dia paling lambat pun dua bulan dah dapat kerja baru. Saya percaya sebab dia sudah lama. EPF mesti dah banyak. Walau bagaimanapun saya katakan kita mesti ada prinsip. Berpegang kepada yang benar. Rezeki Allah itu maha luas.

Walau apapun, dalam pengurusan ladang, pengurusan masa yang bijak dan disiplin adalah kunci kebahagiaan. Semasa hujung minggu atau cuti keluarga dibawa ke tempat-tempat menarik di dalam ladang atau luar ladang yang berhampiran. Boleh makan roti canai sama-sama sambil mendengar segala kehendak mereka. Organisasi keluarga yang kecil ini sememangnya memberi kita idea mengurus dan menangani organisasi ladang yang lebih besar.
"Spend some of your time with your people"

CEPAT DALAM KENANGAN





"Macam mana lambat bergerak pun tetap orang kata 'cepat'." Begitulah kata orang masa saya berkerja dengan sebuah syarikat perladangan di kawasan Kinabatangan. Kalau masa saya jadi penolong pengurus muda, sayalah "yes man" yang paling setia. Walaupun disuruh buat kerja bodoh tetap akur. Semakin lama di ladang nampaknya sifat itu mulai berubah, mula-mula memberi beberapa alasan berdasarkan pengalaman pahit dan manis kenapa tak boleh buat kerja yang disuruh. Namun tetap juga patuh. Sekarang sekiranya atasan memberi arahan bodoh, memang kena tempelak. Yang terakhir kena oleh saya ialah Plantation Controller baru, dalam masa yang cepat dia mau semua kerja siap tanpa mempertimbangkan keadaan dan kedudukan. Kita belum lagi di tahap critical management seperti memadam api. Dari awal hingga akhir menceritakan sejarah hayatnya, dan pengalamannya konon pernah menjaga 17,000 ekar dengan sumber-sumber terhad. Akhirnya kena, kena cabar menjaga kawasan yang jauh lebih kecil dari apa yang dibanggakannya. Saya meminta dia mengurus kawasan saya, saya beritahu juga yang dia merupakan kegagalan bagi syarikat. Boleh buat, mungkin. Tapi berapa kosnya.

Gambar-gambar di sini merupakan sekilas pandang misteri ladang. Ada atasan yang melihat kulit terus membuat kesimpulan bahawa isi pun demikian rupanya, walhal isi berulat dan buruk. Pengendalian sumber manusia sangat penting untuk berjaya. Saya masih ingat kata-kata GM Lee Kim Sing yang bagi saya berkesan dalam kejayaan ladang iaitu "leadership, enforcement, follow-up, discipline.

Monday, March 23, 2009

GAHARU

Sejak 2 hari lepas beberapa orang bertanya kepada saya tentang penanaman pokok gaharu. Maka terpaksalah saya mencari fakta-fakta tentang pokok gaharu sebelum memberikan jawapan kepada mereka. Baru petang tadi saya habis bercerita tentang fakta-fakta yang saya baca kepada bapa mertua saya di Ranau saya terbaca lagi tulisan saudara Abd Naddin tentang ancaman kepupusan pokok gaharu. Wah! nampaknya cerita tentang pokok gaharu akan semakin diminati.

...