Monday, March 30, 2009

KEDAI RUNCIT SABIN GUNTING






Hari ini saya tak ke mana-mana. Anak-anak cuba-cuba menjaga kedai. Raga menjaga kaunter dengan ragamnya yang tersendiri. Atu mengemas barang-barang dengan memakai kasut yang sangat besar baginya.

Sunday, March 29, 2009

PASAR RANAU

Mengunjungi pasar di pekan Ranau pada hari minggu dapat membuka mata sayabahawa terdapat banyak jenis makanan yang belum pernah saya jumpa ada di jual di sini dengan harga yang murah. Dalam gambar-gambar berikut saya sempat merakam sedikit suasana di pekan Ranau. Sayur sayur seperti lampagak, tuutan, kambugu, dan tuhau boleh didapati di sini. Banyak lagi saya tak tau nama.







Friday, March 27, 2009

CARA MEMBERSIHKAN PADI DARI HAMPA


Setelah menjemur padi seharian tibalah masa untuk memisahkan padi dari hampa. Di Marakau, petani di sini menggunakan pemotong rumput yang diubahsuai menjadi kipas untuk meniup hampa dan sampah dari padi. Dalam gambar di atas, bapa mertua saya menjalankan mesin pemotong rumput manakala jirannya, Marcus, menolong kacau padi supaya hampa dan sampah terkeluar dan mudah ditiup oleh angin dari kipas pemotong rumput. Dengan cara ini kerja membersih padi lebih cepat dan kebergantungan kepada tiupan angin dapat dikurangkan.

BILANGAN BUTIR PADI





Sementara menunggu padi siap dijemur saya telah mengambil dua jenis padi iaitu padi "lekatan" dan padi "maman damin" untuk dibandingkan bilangan butir padinya. Didapati bahawa padi maman damin mempunyai bilangan bitir padi yang lebih tinggi iaitu sebanyak 533 butir berbanding dengan padi lekatan sebanyak 223 butir sahaja. Pernahkah anda mengira berapa butir padi dalam setangkai padi yang anda tanam?

MENJEMUR PADI


Menjemur padi adalah satu proses penting sebelum padi dibawa pulang atau dihantar ke kilang. Tujuan utama menjemur ialah supaya padi tahan lama disimpan dan tidak hancur apabila dikisar untuk dijadikan beras. Biasanya padi yang belum dijemur lembut dan mudah hancur apabila digigit. Bila sudah cukup kering ia menjadi keras dan tak mudah hancur apabila digigit. Dalam gambar di atas kelihatan bapa mertua saya sedang menjemur pahi di hadapan sulapnya.

Tuesday, March 24, 2009

MENGGUNTING RAMBUT ANAK KECIL





Menggunting rambut anak yang baru berumur 2 tahun memang susah. Tak pandai duduk diam. Toleh kiri kanan, buat macam-macam yang dia suka. Tapi bila dipujuk dengan ganjaran gula-gula barulah dia diam sekejap. Cara yang lebih berkesan ialah memberikan alat mainan dan dibimbing oleh ibunya supaya dapat disempurnakan menggunting rambut. Kata-kata semangat dari ibunya dengan mengatakan "tak apa-apa tu," "boleh" dan sebagainya memudahkan kerja si tukang gunting.

SAWAH PADI DI MARAKAU, RANAU






Setelah berhenti kerja, banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Kembali ke sawah padi. Sengsara juga. Kagum melihat semangat para petani, semangat padi, keindahan dan ketenangan kampung. Gembira melihat anak-anak yang sanggup membantu dan menceriakan suasana walaupun kalau terlalai seketika mereka akan membuat kerja sendiri seperti yang terpapar dalam gambar-gambar ini. Dalam sengsara pun masih tersenyum...